Salam,
Sebagai seorang muslim, sudah semestinya kita yang belum menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini, sentiasa berfikir bila kita dapat menyempurnakan seruan haji ini.
Mari kita lihat dari sudut teknikal:
Adakah kita mempunyai akaun Tabung Haji dan seterusnya mendaftar untuk pergi haji?
Adakah kita tahu, jika kita baru mendaftar sekarang, kita mesti menunggu selama 19 tahun atau lebih, dengan minimun pendaftaran RM1300?
Sahabat saya, Ustaz Hasnol baru sahaja mendaftar untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji pada 29 Oktober 2009 yang lalu dan beliau dijangka menunaikan haji pada tahun 2028.Beliau boleh dihubungi di 013-211 3672
No comments:
Post a Comment